AdamTamTam :)

rss

Wednesday, 6 March 2013

If this is my last solat

Salam..

Di Tv Hijrah, kelmarin, semalam dan hari ni tadi, dari Ustaz Ghazali Ibrahim, tajuknya
1. Orang yang solat
2. Orang yang meninggalkan solat
3. Orang yang kadang-kadang solat

Suka dengan penyampaian Ustaz ni, pilihan kata-kata dia sedap telinga mendengar. Bukan ape, sesetengah pendakwah betul-betul keras penggunaan perkataannya. Minta maaflah... Ustaz Ghazali kata, dari survey yang dibuat, orang yang tak solat atau kadang-kadang solat tu sebab ikut kawan. Hm... Papepun, kuatkan diri, ingatkan diri selalu, jagalah solat.

Insaflah wahai diriku, hidup kita di dunia ini sekejap sahaja. Jangan beralasan dengan solat, rajin, fokus, cubalah untuk khusyu'. Sedangkan orang yang lalai dalam solat pun neraka Wil, apatah lagi orang yang tinggalkan solat itu? Ya Allah, ampunkan kekurangan dan kelemahanku. aku mohon padaMu berilah kekuatan padaku, suamiku, anakku, keluargaku, dan umat Islam semua supaya sentiasa menjaga solat. Masukkan kami dalam SyurgaMu nanti. Amin.

Think...




0 comments:

Post a Comment