Adam sudah pun 11bulan umurnya. Happy sungguh sebab dah boleh jalan sana-sini. Dalam kereta pun tak reti dah duduk diam. Tangan automatik je nak capai itu ini, nak usik itu ini... Sayang Adam..
Gigi 8batang...hihi...
Bergolek-golek macam kereta besar sgt.... Nanti ye Adam mama beli kereta besar. haha...
First time Adam naik motor. Tapi duk atas motor jelah bukan jalan pun. Belum lagi, sikit lagilah ye.. Itupun puas cik Yin dia pegang, budak lasak katakan.. Cik Ana nak bawak vroom vroom tapi sorryy..naik lori..hehe..
Gambar 1-Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa Gambar 2-Ahli sindiket 1 jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa. Gambar 3-Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa. Gambar 4- Ahli sendiket 2 terus berlalu pergi.
JENAYAH SAMUN DI ATM. ===================
Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar. Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan ini.
“Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.
Keselamatan nombor pin ATM.
Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau menulis nombor pin di atas kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.
Adalah dinasihatkan agar nombor pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir. Ketika berada di ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.
Sasaran mangsa si penyamun -Orang yang dapat gaji pada hujung bulan -Golongan wanita -Mereka yang bersendirian di ATM -Orang yang ambil wang pada waktu malam -Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang tetap seperti ahli perniagaan -Leka mengira wang tunai di hadapan ATM -Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di ATM
Tip pencegahan -Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti waktu makan tengahari. -Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM. -Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis. -Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain. -Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM -Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat transaksi.
Hari ni antara hari yang paling menyedihkan bagi aku. Dalam pada bimbang dan takut kalau2 ada ahli keluarga yang terkena sakit buah pinggang lagi selain ayah, kakak kesayanganku pulak yang dapat sakit tu. Ya Allah...ujian hidup...
Itulah, kepada sesiapa yang baca post aku ni, tolonglah beri perhatian kepada perkara ni. Setiap hari kita minum air. Bersih ke air yang kita minum tu? Kalau kat rumah aku ni, air paip memang kotor. Kalau masak air dalam cerek, lekat kotor karat tu kat cerek. Itu ke air yang kita nak minum?
Sekarang ni bukan setakat karat, segala toksik semua ada dalam air paip tu.
Nak buat tak tahu lagi kah?
Adakah kita kurang minum air?
Minum air banyak2 sementara tak sakit, kalau dah TERkena sakit, terpaksa buat dialisis, kena bersukat minum air...huu..
Bahan pencemar dalam air contohnya, nitrat, plumbum, kadmium, arsenik,
klorin (penyebab kanser & sakit buah pinggang)
Suatu keperluan bukan lagi kemewahan seperti TV flat screen plasma or latest gajet
Mujurlah ada abg ipar yang beria-ria suruh minum air R.O. Korang semua pergilah spend duit beli air SeaMaster ke or ape lg yg R.O. Pastu cakap kat mak ayah, beli mesin air R.O brand Elken satu letak kat rumah. Memang mahal sikit. Tapi, biarlah kita cepat-cepat buat tindakan daripada satu masa nanti cek-cek doktor, kita dapat sakit buah pinggang. Bila dapat sakit buah pinggang ni, dialisis kos dah berapa? Tengoklah clip vid ni kejap ye...
http://www.youtube.com/watch?v=2UEJpu7GdBo
Nak cakap banyak takdelah. Banyak lagi bukti, pesakit buah pinggang. Kan die cakap tu, SAKIT, macam nak mati... bayangkanlah tak kencing 10tahun. Tak terbayang....nak nangis... :(
Sedikit info,
Hemodialisisadalah
sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin
dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritonealpula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke
dalam rongga badan yang juga terletaknyaperut,hatidan usus-usus, yang dipanggil kaviti
peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan dialirkan ke dalam kaviti
ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke
luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada
setiap hari.
Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya
akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos
untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam
lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit mungkin memerlukan 3
sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!
Tapi, untuk berusaha, ada produk yang berkesan kat pasaran. Produk Elken, memang berkesan....
Di Tv Hijrah, kelmarin, semalam dan hari ni tadi, dari Ustaz Ghazali Ibrahim, tajuknya
1. Orang yang solat
2. Orang yang meninggalkan solat
3. Orang yang kadang-kadang solat
Suka dengan penyampaian Ustaz ni, pilihan kata-kata dia sedap telinga mendengar. Bukan ape, sesetengah pendakwah betul-betul keras penggunaan perkataannya. Minta maaflah... Ustaz Ghazali kata, dari survey yang dibuat, orang yang tak solat atau kadang-kadang solat tu sebab ikut kawan. Hm... Papepun, kuatkan diri, ingatkan diri selalu, jagalah solat.
Insaflah wahai diriku, hidup kita di dunia ini sekejap sahaja. Jangan beralasan dengan solat, rajin, fokus, cubalah untuk khusyu'. Sedangkan orang yang lalai dalam solat pun neraka Wil, apatah lagi orang yang tinggalkan solat itu? Ya Allah, ampunkan kekurangan dan kelemahanku. aku mohon padaMu berilah kekuatan padaku, suamiku, anakku, keluargaku, dan umat Islam semua supaya sentiasa menjaga solat. Masukkan kami dalam SyurgaMu nanti. Amin.
Bila on facebook, banyak terjumpa kata-kata pesanan, motivasi yang orang2 rajin buat cantik-cantik je. So aku nak savekan kat blog sendiri. Harapnya takde apelah kan sebab once orang dah post, means die tak kisahlah orang lain share2 info tu...
First time nak gunting rambut Adam. Tapi susah, sebabnye Adam nak pegang gunting tu.. Hasilnye, mama just gunting yang atas dahi jelah. Selebihnya dengan abahnya...
Before;
Dalam proses;
After;
Muah
Adam suka tengok buku cik zati die hadiahkan. Pandai tunjuk mana tayar...hihi...
Perkembangan Adam, selain kata mama, abah, cakap helo,tapi pelatlah. Sebab tengok orang jawab fon kata helo. Pastu letak tangan kat telinga. Tak boleh dah tengok orang bercakap fon, mesti nak fon jugak.hehe...
Pastu Adam pandai cakap "sudah, sudah, sudah"...sebabnye mandi air sejuk..haha..
Sekarang dah pandai jalan setiap kali tu dalam 10langkah lebih. Kena banyak lagi berlatih ye sayang.. OK bye..